Apakah itu ginseng? 

Ginseng adalah perkataan yang berasal dari bahasa Cina iaitu rénshÄ“n  yang bermaksud "akar tumbuhan berbentuk manusia" dimana sejenis tumbuhan herba yang hidup lama (perennial plant) dan tergolong dalam genus panax dalam keluarga Araliaceae dan juga dalam keluarga talinum, tumbuh renek dan sesuai membesar di kawasan yang mempunyai iklim sejuk dan sub-tropika. Akarnya seolah-olah kaki manusia dan dijadikan tonic untuk manfaat manusia. Negara China, Jepun dan Korea adalah negara paling ramai menggunakan herba ini dalam diet mereka.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis ginseng yang wujud di seluruh dunia?
GINSENG DALAM KATEGORI GENUS PANAX




1. Ginseng Asia
Ginseng asia juga dikenali sebagai Korean ginseng dan nama saintifiknya ialah panax ginseng iaitu antara ginseng terbaik di antara ginseng-ginseng yang ada dari segi khasiat dan kegunaan sebagai tonik dan herba. Ia tumbuh di kawasan semenanjung Korea yang mempunyai iklim sejuk dan tanah yang kaya dengan nutrient. Ginseng asia kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Ia harus dituai 6 tahun ke atas untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Ginseng jenis ini dikatakan ginseng asli yang digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Cina ribuan tahun lampau.

2. Ginseng Siberia
Ginseng Siberia adalah ginseng yang tumbuh di kawasan siberia. Nama saintifiknya ialah Elutherococcus senticsus, ia digunakan sebagai tonik untuk meningkatkan tenaga, selesema dan juga mengurangkan tekanan mental.

3. Ginseng Amerika
Ginseng Amerika adalah tumbuhan herba yang hidup subur di pergunungan California dan sekitarnya. Ia dikenali sebagai sang wild oleh penduduk tempatan. Ginseng Amerika lebih berkualiti berbanding dengan ginseng Siberia dan kurang berkualiti jika dibandingkan dengan ginseng Korea. 

4. Ginseng Vietnam
Ginseng Vietnam adalah jenis ginseng yang hidup di kawasan pedalaman dan pergunungan di negara Vietnam dan merupakan ginseng dalam keluarga panax. Nama saintifik bagi ginseng Vietnam ialah Panax Vietnamensis dan boleh dijumpai di pergunungan kawasan Ngoc Linh di wilayah Kon Tum dan Guang Nam. Ciri pertumbuhan sama dengan spesis ginseng lain di mana pertumbuhan yang perlahan dan mengambil masa 10 tahun untuk matang. Ia digunakan oleh penduduk untuk menghilangkan kelesuan dan untuk meningkatkan tenaga tubuh badan.


GINSENG DALAM KATEGORI GENUS TALINUM

1. Ginseng Jawa/Akar Som
Nama saintifik bagi ginseng Jawa ialah Talinum paniculatum Gaertn dan banyak dijumpai di negara-negara Asia Tenggara. Banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan juga untuk perubatan tradisional. Pucuk daunnya dimakan sebagai ulam dan berkesan meningkatkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan tubuh badan. Akarnya direbus untuk mengurangkan masalah batuk dan radang paru-paru. Rebusan akarnya juga berkesan meningkatkan tenaga bagi kaum lelaki.  
                   Ginseng Sabah
Satu lagi jenis tumbuhan herba yang boleh dipanggil ginseng kerana khasiatnya sama dengan ginseng keluarga dalam panax ialah Ginseng Sabah. Pokok Ginseng Sabah hidup di kawasan pedalaman sabah seperti di daerah Nabawan dan Pansiangan hingga ke sempadan Kalimantan di Indonesia. Ia hidup subur di kawasan tanah yang lembab dan kaya dengan organan.  Akarnya direbus oleh penduduk tempatan untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan tubuh badan dan meningkatkan kesihatan bagi kaum lelaki. Ginseng sabah tidak termasuk dalam genus panax mahupun talinum. Oleh kerana belum ada kajian terperinci mengenai tumbuhan ini maka tidak dapat disertakan nama saintifiknya dan komponen kimia di dalamnya, juga tidak diketahui kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia. Gambar di atas adalah akar ginseng sabah yang telah dikeringkan dan diambil dari daerah Nabawan, Sabah.
Antara ginseng yang lain bukan dari keluarga panax dan talinum:
  • Ginseng wanita/ dong quai – Angelica sinensis
  •   
  • Ginseng lelaki miskin – Codonopsis pilosula
  •   
  • Ginseng selatan, jiaogulan – Gynostemma pentaphyllum
  •   
  • Ginseng Peruvian, maca – Lepidium meyenii
  •   
  • Ginseng Alaskan – Oplopanax horridus
  •  
  •  
  • san qi, tian qi atau tien chi – Panax notoginseng
  •  
  • Ginseng Brazil – Pfaffia paniculata
  •  
  • Ginseng raja – pseudostellaria heterophylla 
  •  
  • Beri lima rasa – schisandra chinensis
  •  
  • Ginseng India – Withania somnifera
Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga info ini bermanfaat kepada pembaca yang ingin mengetahui jenis-jenis ginseng yang wujud di dunia. 


Artikel Ginseng 2

Penggunaan produk ginseng sering dipaparkan dalam iklan media, keratan suratkhabar dan majalah kesihatan. Ginseng merupakan herba yang popular dalam perubatan tradisional orang cina.
Awalnya, ginseng banyak digunakan dalam masakan. Ramai yang menggunakan akar ginseng bersama dengan daging ayam semasa membuat sup untuk penjagaan kesihatan.
Kaum Cina telah mula menggunakan ginseng sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu. Nama “ginseng” diambil dari bahasa Inggeris yang mengikuti lafal penulisannya dalam bahasa Kantonis, iaitu jen shen dan dalam bahasa Mandarin sebagai ren shen yang bererti “akar manusia”. Ini disebabkan bentuk yang bercabang dari akar ginseng menyerupai kaki manusia. Kemudian, ginseng diberikan nama Latin atau saintifik yang berbunyi Panax. Panax dalam bahasa Latin bermakna penyembuh sempurna bagi semua penyakit. Ginseng mudah dikenali melalui rangkaian akar-akar yang panjang dan berwarna kuning kepucatan.
Anatomi
Gambarajah di bawah menunjukkan anatomi pokok ginseng.

Ginseng adalah tanaman bertinggi sekitar 60cm yang tumbuh di pegunungan sejuk Asia Timur. Selain itu, ginseng juga banyak ditanam di Korea, Siberia, Manchuria dan Amerika Syarikat. Ginseng adalah tanaman yang tumbuh dengan lambat di mana tingginya tidak lebih dari 10 hingga 20 cm setelah bertahun-tahun. Oleh kerana pertumbuhannya yang lambat dan kawasan penanaman yang juga terhad,maka harga ginseng sangat mahal. Semakin bermanfaat, semakin tua umur akar ginseng. Bahagian ginseng yang dipercayai memberikan manfaat kesihatan ialah akarnya.
Spesies Ginseng Yang Dipercayai Mempunyai Manfaat Kesihatan
Terdapat tiga jenis ginseng yang biasa digunakan iaitu:
  • Asian atau Panax ginseng (Panax ginseng)
  • American ginseng (Panax quinquifolius)
  • Siberian ginseng (Eleutherococcus senticosus)
Asian ginseng adalah yang paling terkenal, disusuli dengan American ginseng. Asian ginseng akan diproses untuk membentuk ginseng Korea / ginseng merah. Jadi, ginseng Korea masih berasal daripada Panax ginseng.
Terdapat sedikit perbezaan di antara Asian ginseng dengan American ginseng. Asian ginseng digunakan secara tradisional untuk merawat simptom sejuk seperti nadi lemah, sesak nafas, keletihan dan anggota badan sejuk.
American ginseng pula digunakan untuk menghilangkan simptom panas. American adalah sesuai diambil oleh pengguna yang berada dalam keadaan stress, panas dan dahaga serta ahli sukan.
Siberian ginseng (Eleutherococcus senticosus) juga merupakan sejenis ginseng tetapi tidak tergolong dalam genus Panax. Perbezaan di antara Siberian ginseng dengan Panax ginseng adalah dari segi bahan aktifnya dan tekstur akarnya. Bahan aktif bagi Panax ginseng ialah ginsenosides manakala Siberian ginseng ialah eleutherosides. Akar Panax ginseng adalah berisi manakala akar Siberian ginseng adalah berkayu.
Berikut merupakan gambarajah beberapa jenis ginseng yang berlainan spesies:
Asian atau Panax Ginseng

American ginseng

Siberian ginseng

Dos Penggunaan
Mengambil dos seperti yang disyorkan oleh pengamal atau yang tertera pada label produk berdaftar.
Indikasi / Kegunaan
Secara umumnya, akar tanaman ini dipercayai turun-temurun dapat memperbaiki aliran darah dan meningkatkan produksi sel darah merah serta membantu pemulihan dari penyakit.
Selain itu, ginseng juga dipercayai mempunyai kegunaan dalam perubatan moden seperti di bawah:-
  • Ginseng mengandungi adaptogen. Adaptogen adalah zat yang meningkatkan daya tahan tubuh terhadap mental (stres) dan fizikal.
  • Mengurangkan paras gula darah
  • Mengurangkan paras kolesterol
  • Meningkatkan stamina
Walau bagaimana pun, kajian klinikal perlu dijalankan untuk menyokong penggunaan untuk indikasi ini.
Jenis Indikasi Yang Didaftarkan Untuk Produk Ginseng Produk ginseng dalam bentuk dosej farmaseutikal yang mengandungi indikasi kesihatan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Nombor pendaftaran produk ginseng biasanya berakhir dengan huruf “T” iaitu Tradisional (Contohnya: MALxxxxxxxxT). Indikasi tradisional yang biasa didaftarkan untuk produk ginseng adalah seperti berikut:-
  • Menguatkan badan
  • Menambahkan tenaga
  • Mengurangkan kepenatan semasa aktiviti fizikal
  • Penjagaan kesihatan umum
Oleh kerana ginseng dipercayai mempunyai banyak kegunaan dalam perubatan tradisional, maka ia boleh didapati dalam bentuk cecair pekat, kapsul, tablet dan serbuk.
Produk ginseng yang digunakan untuk kegunaan kosmetik juga perlu dinotifikasikan dengan Bahagian Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan akan diberikan nombor NOTxxxxxxxxxK.
Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang biasa dialami adalah seperti berikut:-
  • sakit kepala
  • muntah
  • cirit-birit
  • insomnia (susah tidur)
  • alahan (alergi)
Sila rujuk kepada ahli farmasi/ doktor sebelum mengambil produk ini. (Please consult your pharmacist / doctor before taking this product).
Langkah Berjaga-Jaga / Amaran Penggunaan
  • Keselamatan penggambilan ginseng oleh ibu yang menyusukan anak dan kanak-kanak adalah tidak terjamin (Safe use in lactating women and children has not been established)
  • Dilarang bagi wanita mengandung(Contraindicated in pregnant women)
  • Jangan melebihi dos pengambilan yang ditetapkan (Do not exceed the stated dose)
  • Keselamatan pengambilan ginseng untuk jangka masa yang lama adalah tidak terbukti (Safety on long term use has not been established)